Friday 7 February 2014

Anjakan Paradigma Senior

Hari ini mencatatkan sejarah buat aku dan Fiqah. Dalam kelas, tidak pernah-pernah senior kami nak cakap dengan kami, iaitu senior lelaki. Selalu juga lah dengar cerita dari budak-budak kelas ni, yang senior aku seorang ni nama Ery, mamat ni bajet pilih kawan lah. Entah la, aku malas sangat ambil tahun kisah-kisah senior aku ni, sebab tidak bagi mamfaat dan impak pun pada diriku. 

Hari ini mencatatkan sejarah, bukan aku dan Fiqah yang tegur senior tau, tapi senior yang tegur kita, siap mesra alam juga lah. Bagus juga lah kan hehehe. Senior yang tidak pernah cakap dengan kami ialah BS, Ery, Jawa dan Jack. Mamat ni memnag langsung tidak pernah cakap dengan kami, dan hari ini cakap siap mesra alam lagi. Rasa bahagia juga lah , ialah kan nama jak member dalam sekelas, tapi tegur pun tidak kan. Kiranya ini sebuah transformasi lah.

Aku rasa lah kan, ini mungkin sebab tekanan oleh subjek fizik ni, jadi semua orang tidak kira dah prinsip. hehehe tapi apa-apa pun kami iklas berkawan dengan sesiapa pun. Dan seorang kawan aku ni, dekat mesej sembang bukan sakan lagi, tapi dekat luar, jangan cakap nak pandang muka masing-masing, bertegur pun langsung tiada tau. Hari ini juga mencatatkan kami bertegur, hehehe lawak sangat. Siapa lah tu??? haishhhh hehe

No comments:

Post a Comment