Tuesday, 4 February 2014

Mamat Minyak Wangi

Amar
   Kemarin dalam kelas sains komputer amali, duduk lah dalam kelas tu. Kebetulan dalam makmal komputer tu bahgian sebelah aku jak tempat kosong, dan kebetulan juga datang seorang lelaki, datang lewat masuk kelas, nak tak nak dia kena duduk sebelah aku. Duduk pula sebelah aku, buat darah aku berhenti sepantas kilat. 
Kenapa lah dia sembur minyak wangi ni banyak sangat, kan jantung aku dah jem bukan sekadar berdegut dengan irama yang tidak normal, tapi berhenti tau. Nafas aku pulak tidak berfungsi masa tu, boleh pula aku rasa sesak nafas, aish mamat ni kenapa lah wangi sangat. Makin lama dia duduk sini boleh mati katak aku dalam makmal ni. 

Aku tidak berani pun pandang dia, tengok dari pandangan mata sisi jak, kalau tengok dia nanti pula dia cakap aku suka dia, aish, abaikan jak lah. Tapi kenapa lah dia wangi sangat ni, menggoda hati aku kah.
Teringat satu baik lagu dari lagu pencuri.

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

hehehe, kenapa lah aku gedik sangat ni, pertama kali terhidu wangian lelaki yang bukan ajnabi aku ni. Biasanya kalau bapa atau abang pakai minyak wangi, tiada pula aku rasa perasaan ini. Siapa lah mamat yang eninggalkan minyak wangi dekat hidung aku ni.

No comments:

Post a Comment