Tuesday, 4 February 2014

Jarak Aku Jauhkan

Bagi menjaga nama baik kita, aku dengan kau, kau,kau , kau, dan kau. aku rasa lebih baik aku jarakkan diri dari kau, kau, kau, dan kau. Banyak sangat mulut-mulut yang sangat berbisa dari ular, lagi tajam daripada duri menceritakan perihal hubungan kita yang sangat rapat. Aku malas nak dengar benda-benda mengarut dan tidak betul yang sering di kaitkan dan di singkatkan menjadi GOSIP. Jadi jangan hairan andai aku senyap dan menyepi dari mu, sebab aku malas dengan orang sekeliling yang bercakap pasal kita tanpa ada usul periksa. Nak tutup mulut orang ni susah, susah sangat. Hati aku kekadang panas mendengar GOSIP yang tidak tahu datang dari negara mana menerjah telinga. Malas nak dengar sebab aku tiada jawapan untuk balas kata-kata mereka, aku hanya balas dengan senyuman, ikutkan hati aku dah lama aku bagi RM5 dekat muka dorang satu-satu. Namun fikirkan status mereka sebagai sahabat aku, aku hanya mampu tersenyum.
kini aku mampu menilai mana ubat dan mana racun,
mana kata dan mana permata.

Aku dapat hidu benda ini sejak beberapa hari yang lalu, kemana ku pergi, apa yang aku katakan sentiasa di bidas dengan namamu. Aku malas nak cakap panjang-panjang. Makin di layan makin menjadi-jadi. Lepas satu dah down, satu pula yang muncul. Benda kecil nak di besar-besarkan dan di hebohkan, benda tidak betul suka sangat orang perkatakan.

No comments:

Post a Comment