Wednesday 24 October 2012

SEBELUM ENGKAU MENJADIKAN DI ISTIMEWA


Buat apa bercinta andai diri tidak tertanam perasaan saling percaya terhadap pasangan.. jika di otak itu hanya tertanam semua fikiran buruk terhadap pasangan
Lebih baik putuskan sahaj hubungan tersebut jika percintaan tersebut hanya menyakitkan dua belah pihak..keburukan yang dipikir menyebabkan semua perkara betul terkubur dan hanya tingal baying-bayangan was-was terhadap pasangan…lepaskanlah andai hanya menyakiti terbanglah bebas seperti mana kamu dahulu belum mengenali si dia..

Andai dalam hati itu hanya ada firasat buruk, cemburu dan dengki terhadap pasangan lebih baik bawa haluan masing-masing, sebelum benda ne belum terjadi cuba fikir sejenak hubungan korang…muhasabah diri kerana tiada istilah terlambat

…………………………………………………………………………………………

Sebelum engkau menjadikan dia seorang yang istimewa dalam hidupmu
Semua perkara, semua aspek yang baik tentang dirinya telah kau Nampak tapi itu sebelum engkau menjadikan dia seorang kumbang atau bunga yang begitu indah dalam hatimu..
Engkau tidak pernah sedikit pun menanam firasat dan fikiran yang jelek tau buruk tentang dirinya.. ITU SEBELUM ENGKAU MENJADIKAN DI ISTIMEWA

Sebelum engkau menjadikan dia istimewa dalam hidupmu sudah tentu pelbagai penyelidikan, penerokaan dan penjelajahan tentang dirinya telah engkau lakukan semampumu

Oleh itu, kerana kepercayaan yang begitu tinggi kau berikan padanya, engkau percaya dialah bunga atau kumbang yang terbaik berbanding yang lain berbanding yang beribu-ribu berbaris dibelakangmu. Engkau bersedia meletakkan, memaku, mengam si dia hanya seorang sahaja yang patut berada dalam hatimu. Engkau yakin dan percaya dialah yang terbaik. Percaya tidak akan pernah membuatmu kecewa atau si dia menggores hatimu dengan pisau yang tajam kelak apabila engkau sudah melamarnya untuk bersedia mengjadi kekasih dan pasangan hidupmu…

NAMUN!!!!!!!!!!!!!!

Mengapa setelah kamu berdua bersetujuh untuk sehidup semati,
Bersetujuh mengharungi suka dan duka hidup berdua
Timbul rasa tidak percaya terhadap pasangan
Mengapa suka menuduh pasanganmu, tenpa membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang apa yang kau dengar

Mengapa engkau ingin membuat pertelingkahan, andai itu engkau tahu ianya menyakitkan hatimu sahaja..
Perasaan cemburu dan waksangka itu membuatkan hubungan kamu berdua menjadi renggan
Perasaan tidak percaya terhadap pasangan itu yang engkau fikirkan..
Sedangkan sebelum engkau menjadikan dia yang teristimewa dalam hatimu, engkau begitu percaya terhadap dirinya, bahawa satu hari nanti dia tidak akan menyakitimu..
Percayalah terhadap pasanganmu
Mustahil dia mengambilmu sebagai pasangan hidup andai dia tidak mempercayai dirimu
Jagalah hati pasanganmu
Kerana, dia menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap dirimu untuk tidak akan pernah menyakitinya
Bahkan dia menjadikanmu sebagai pasangan hidup yang sedia memberikan kasih saying yang tidak dia mungkin dapat dari mana-mana manusia..
Khabarkanlah padanya khabar-khabar yang baik…kerana itu akan membuat hati pasagan lebih sejuk dan kasih saying serta perasaan rindunya terhadapmu semakin bertambah
Kerana dia tahu hanya engkau sahaja yang memahaminya dan begitu romantic dalam hubungan kamu..

JANGAN sesekali memberikan khabar yang tidak betul ke telinga pasangan kerana itu tiada faedahnya malahan hanya membuat hubungan kamu semakin renggan..Tetapi jika itu semua telah engkau hindarkan dari dirimu namun akhirnya hubungan kamu harus berakhir dengan tangisan atau bunuh diri di kamar mandi, sekolah, taman permainan ingatlah itu bererti hubunganmu dengan Maha Pencipta terlalu jauh…periksa kembali hubunganmu dengan Allah swt, Janganlah kamu mencintai yang lain melebihi engkau mencintai Tuhanmu…jangan hairan jika hubunganmu semakin hari semakin retak jika hidupmu semakin jauh dari Yang Maha Esa..jika ingin kebahagian dunia dan akhirat..engkau perlu Mencintai Allah melebihi engkau mencintai selain dari-Nya….Selami Jiwa Rawat Rohani..

No comments:

Post a Comment