Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk,
terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara
dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau
mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak
atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah
melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang
Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia
dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk
mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran
untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya,
walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal
kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’
lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah
bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan
yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini
adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar
kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah
tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan
solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah.
dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan
sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam
mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab
itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi
Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat
tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam
istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang
ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal
ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa
astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa
laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra
khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa
aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu
anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii
‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal
khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik
dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku
mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang
dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha
Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu
adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa
datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah
daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa
bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang
sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah
aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
No comments:
Post a Comment