Friday 21 December 2012

Fatwa Rokok





 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum merokok.Muzakrah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM mengikut pandangan islam kerana kemudaratan yang ditimulkannya.

Hujah menegakkan hukum

a) Rokok mengandungi pelbagai jenis RACUN
Fakta-fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg nikotin dan pelbagai bahan kimia yang lain.Setiap sedutan asap rokok sama seperti seseorang menghidu sebanyak 4000 jenis bahan kimia yang boleh memudaratkan badan

b) Rokok risiko bagi penyakit serius
Rokok bukan sahaja menimbulkan masalah kepada perokok,malah ia berada pada ranking keempat dalam senarai faktor bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia seperti risiko barah,penyakit jantung dan masalah pernafasan.Antara penyakit lain ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak, ulser perut, strok dan penyakit paru-paru

c)Fatwa Imam Al-Syafi'i
Imam al-Syafi'i telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya al-Um iaitu: "sekiranya mereka mengambil sesuatu (makanan,minuman atau sesuatu yang boleh dihisap,dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan,maka perbuatan itu jelas haram.(Ini termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian.Saya tetap memfatwakan ia adalah haram.Allah SWT mengharamkan (apa juga jenis) pembununhan kerana membunuh bererti membunuh diri sendiri.

sumber: Mohd Wahid Abd Hanif (SOLUSI)

No comments:

Post a Comment