Tuesday 1 January 2013

Ancaman Kutu Pubika


Sebahagian besar masyarakat tidak menyedari perbuatan menyimpan bulu ari-ari dan bulu ketiak sebenarnya mendedahkan mereka kepada jangkitan  kutu pubik yang diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit kelamin yang serius dan sebagai penyakit bawaan seksual atau sexually transmitted diseases (STD).

    Secara fizikalnya kutu pubik berwarna kuning kelabu dan berukuran 2mm panjang. Sebagaimana kutu kepala, kutu pubik juga menghisap darah manusia yang dihinggapinya. Tetapi kutu jenis ini hanya tinggal di kawasan pubik atau ari-ari dan kadang kala pada bulu ketiak, bulu dada, dan kening.Jnagkitan kutu pada ari-ari dikenali sebagai  Phthiriasis atau Pediculosis Pubis dan jangkitan pada kening dinamakan Phthriasis Palpebrarum. Kesan jangkitan kutu pubik ini boleh dikesan melalui simptom berikut:
  • Kegatalan keterlaluan pada bahagian yang dijangkiti
  • terdapat serbuk hitam di dalam seluar dalam kesan buangan kutu-kutu ini
  • terdapat telur-telur berwarna perang pada bulu
    Selain sukar dirawat,jangkitan kutu pubik ini juga biasanya berjangkit melalui hubungan seksual.Selain itu ia juga mudah berjangkit melalui perkongsian pakaian atau tuala,tempat tidur atau tempat duduk tandas.

    Menarik untuk dicatatkan bahawa walau pun terdapat beberapa rawatan terhadap jangkitan ini seperti penggunaan krim dan shampoo khas, tetapi cara paling berkesan adalah dengan mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak.Ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Manfaat kesihatan dan kebersihan dengan mencukur bulu ari-ari

   Kajian ilmiah menunjukkan mencukur bulu kemaluan mempunyai beberapa faedah penting kepada kesihatan seseorang individu,antaranya:
  • memelihara ulit dibahagian ditumbuhi bulu agar tidak rosak
  • menjaga bahagian faraj daripada luka pada bahagian dalaman,disebabkan oleh bulu kemaluan yang kasar
  • mengelakkan faraj dan zakar treluka ketika bersetubuh
  • menjaga kebersihan faraj daripada kotoran darah haid yang mungkin terlekat pada bulu ari-ari
  • menghindari bau busuk pada bahagian ari-ari disebabkan oleh perpeluhan melampau kerana bulu yang panjang memerangkap haba.
     Kepanasan disebabkan oleh bulu kemaluan juga menjejaskan kesuburan lelaki dan kuantiti sperma.Ini kerana kilang sperma yang terletak di dalam buah zakar memerlukan suhu 2-3 kali lebih rendah daripada suhu badan untuk menggalakkan penghasilan sperma.





(sumber :solusi isu no.2)

No comments:

Post a Comment