Sunday 6 January 2013

Jin dan Surah al-Baqarah

    Gangguan jin merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan.Banyak cerita mengisahkan orang yang melalui kawasan yang tidak berpenghuni, tiba-tiba terasa dilempar dengan batu walaupun tiada sesiapa disitu.

       Ataupun ada yang mendengar suara yang gemersik daun dan lain-lainnya yang  boleh menimbulkan perasaan seram,gelisah dan terganggu.Oleh kerana jin dapat melihat kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka, Nabi s.a.w. menganjurkan beberapa cara yang boleh mengelak diri daripada gangguan mereka, antaranya dengan membaca surah al-Baqarah.

        Kaedah ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.q., bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tempat perkuburan.Sesungguhnya syaitan menjauhi rumahrumah yang dibaca surah al-Baqarah di dalamnya."(Riwayat Muslim)


Pergelutan dengan SYAITAN
          Dalam kitab Luqt al-Marjan fi Ahkam al-Jin, Imam al-Suyuti rhm. menyebut riwayat daripada Ibn Mas'ud bahawa ada seseorang sahabat Nabi s.a.w. yang sedang berjalan, lalu bertemu dengan syaitan.Kedua-dua bergelut. Sengit. Akhirnya syaitan yang dapat dikalahkan berkata: "lepaskan aku dan sebagai balasannya aku akan mengatakan sesuatu yang boleh membuatkan kamu kagum".

Sesudah syaitan itu dilepaskan sahabat ini bertanya: "sekarang katakan."
Syaitan menjawab :"tidak mahu." Lalu mereka berdua bergelut untuk kali kedua.Malang sungguh syaitan kerana kalah lagi untuk pusingan kedua.Malang sungguh syaitan kerana kalah lagi untuk pusingan kedua.

Perkara yang sama berulang lagi buat kali ketiga. Kesudahan sama. Syaitan kalah. Syaitan itu duduk dalam satu rupa sambil gigit ibu jarinya,seraya berkata "lepaskan aku!"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku tidak akan melepaskan sebelum engkau memberitahuku."
Syaitan itu berkata: "surah al-Baqarah. Tidak ada satu pun ayat daripada yang dibaca ditengah-tengah syaitan yang ramai melainkan mereka lari bertempiaran. Jika dibaca dalam rumah, nescaya syaitan tidak akan masuk ke dalamnya."

"siapakah sahabat tersebut?"sebaik selesai bercerita, mereka yang mendengar daripada Ibn Mas'ud tertanya-tanya siapakah gerangannya sahabat tersebut.
Ibn Mas'ud menjawab: "siapa lagi kalau bukan Umar bin al-Khattab."

Imam al-Baihaqi juga telah mentakhrij hadis tersebut dalam Dala'il al-Nubuwwah secara ringkas dalam bab Amirul Mukminin Umar al-Khattab bergelut dengan syaitan

Kelebihan dua ayat terakhir
       Terdapat hadis lain ynag menyarankan agar membaca penutup surah al-Baqarah. Hadis yang dimaksudkan itu ialah riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Mas'ud al-Ansari r.a yang bermaksud: "sesiapa yang membaca dua ayat terakir daripada surah al-Baqarah pada wakt malam, keda-dua ayat tersebut akan menjadi penyelamat bagi dirinya."

           Manakala dalam riwayat al-Tirmizi daripada Nu'man bin Bashir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bemaksud: "sesungguhnya Allah menulis sebuah kitab yang dianggarkan 2000 tahun sebelum menciptakan langit dan bumi, dua ayat daripada diturunkan kebumi sebagai penutup surah al-Baqarah. Jika kedua-dua ayat itu dibaca selamatia malam di dalam sebuah rumah, pasti syaitan tidak akanmendekatinya."

        Selain iu, sesiapa yangmembaca surah al-Baqarah menjadi doanya mudah dimakbulkan.Daam sebah hadis riwayat Muslim menyebu, daripada Ibn Abbas r.a. beliau becerita: "pada suatu ketika, Jibrai a.s. berada dsisi baginda s.a.w., iba-tiba mendengar suara diatas, maka Jibrail a.s. mengangkat kepalanya dan berkata: "bergembiralah da cahaa penerang yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi pun sebelum kamu iaitu Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah) dan akhir surah al-Baqarah. Engkau tidak membaca suatu huruf daripadanya,melainkan permintaanmu pasti akan dimakbulkan."


sumber : Majalah SOLUSI isu no.38

No comments:

Post a Comment