Wednesday 2 January 2013

Sikap Romantis

Ciuman Mesra
     Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami tatkala suami hendak keluar bekerja atau baru pulang ke rumah.Ciuman adalah lambang kesetian,peniup semangat untuk isteri dan suami meneruskan kehidupan seharian.

Mendakap isteri setiap kali sebelum keluar rumah
      Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu suami dan isteri berpisah, sama ada dalam jangka masa singkat, lebih-lebih lagi jika lama berjauhan.

Ucapan
   Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih yang mendalam kepada isteri.Contohnya ucapan "sayang, i love u, i miss u dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau pun sekejap, jauh atau pun dekat.

Panggilan
        Memanggilan isteri dengan panggilan/ gelaran yang disukai.Contohnya "ayang","darling", atau apa juga panggilan manja yang amat disenangi maka iainya dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik
        Selalu usik mengusik dan bergurau senda.Usik-mengusik dan bergurau senda boleh menjadi rencah kepada kehidupan suasana romantik.

Berjalan beriringan di luar rumah
           Sering berlaku, diawal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama-sama.Namun apabila usia perkahwinan meningkat,anak-anak semakin bertambah,suami isteri tidak lagi berjalan beriringan: seseorang dihadapan,seorang di belakang.Seeloknye jika tiada halangan,jalan berpimpin atau perpegang tangan dan jika melintas jalan,memegang lengan atau bahu isteri tanda melindungi.

Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggun hati isteri
          Perkara ini perlu diperhatikan dan diberi perhatian,kerana hati wanita biasanya sensitif..


(sumber :solusi isu no.2)






          

No comments:

Post a Comment